RAHMAN SELF THERAPY

PENGENALAN KEPADA RAHMAN SELF THERAPY
Presentation1HAKIKAT INSAN

Disebutkan di dalam Al Quran bahawa manusia telah dijadikan dan dibentuk dengan sebaik-baik kejadian. Maka kesempurnaan kejadian ini sepatutnya menjadikan manusia berbaik sangka sesama manusia, memegang amanah, mampu bekerjasama, saling bertolak ansur, menjauhi sifat dengki dan meningkatkan prestasi dalam kehidupan peribadi dan kerjaya.

Tetapi kenapakah ini tidak berlaku? Sebaliknya sebahagian manusia tidak dapat menerima kenyataan bahawa terdapat orang lain lebih beruntung dari dirinya di dunia ini, sifat dengki dan irihati meraja di dalam diri, kehidupan menjadi terumbang ambing.

Kenapakah semakin maju kita pada hari ini semakin meruncing masalah jiwa dan akhlak di dalam masyarakat? Kenapakah semakin tinggi nilai intelektualnya semakin merendah pula nilai etika dan moralnya? Semakin banyak kes-kes rasuah, pecah amanah, penzinaan, minum arak, rogol, buang bayi, tekanan jiwa dan mental, ajaran sesat dan pelbagai lagi isu moral menjadi-jadi.

Jawapannya tidak lain ialah apabila yang diisi dan diberi makan hanyalah dari aspek jasad (fizikal) , emosi dan minda (intelektual) sahaja. Bekalan makanan kerohanian (spiritual) tidak disediakan, bahkan jika ada sekalipun ia tidak mencukupi untuk menyeimbangkan keperluan dalam diri manusia. Sesetengah manusia pula hanya menganggap ia sebagai keperluan ritual keagamaan semata-mata.

HASIL KAJIAN

Kajian demi kajian berkaitan dengan pembangunan dan pembentukan keinsanan samada berkaitan hidup secara peribadi, keluarga, bermasyarakat dan organisasi telah dijalankan. Hasilnya memang menimbulkan satu bentuk persoalan yang sangat penting; apakah sebenarnya yang dicari oleh manusia hari ini?

Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menunjukkan kes perceraian semakin meningkat dari tahun 2000 sebanyak 13, 605 kes kepada 22, 289 kes pada tahun 2008 dengan peningkatan kes pada setiap tahun. Manakala hanya 2565 kes sahaja yang rujuk semula pada tahun 2008..

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada tahun 2004 telah mengeluarkan satu statistik menyatakan bahawa antara punca utama perceraian di Malaysia ialah tiada persefahaman, curang, enggan dimadukan (12.0%), tidak menunaikan tanggungjawab (11.5%), campurtangan pihak ketiga (8.8%), ketagihan dadah atau alcohol (7.1%), masalah kewangan (1.6%), masalah judi (1.1%) dan akibat didera (0.5%).

Kes pecah amanah pula, seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia, merujuk kepada statistik yang diberikan oleh Ketua Polis Selangor, dalam tempoh 11 bulan tahun 2009 terdapat 3426 kes berbanding tahun 2008 sebanyak 2124 kes di negeri Selangor sahaja.

Dengarlah pula ucapan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika merasmikan Majlis Perasmian Akademi Anti- Rasuah Kebangsaan pada 12/04/2007

“<tt>DI SAMPING ITU, PIHAK B.P.R. PULA TERUS MENJALANKAN TUGAS MENYIASAT KES-KES RASUAH DENGAN TEGAS. STATISTIK TERKINI MENUNJUKKAN BAHAWA BILANGAN KES BERKAITAN RASUAH YANG DISIASAT  TELAH MENINGKAT DUA-KALI GANDA DARI 663 KES PADA TAHUN 2001 KEPADA 1,317 KES PADA TAHUN 2006” </tt>

Menurut laporan Kajian Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi Ketiga pada 2006, terdapat kira-kira 3 juta penduduk Malaysia mengalami masalah gangguan mental. Di peringkat antarabangsa pula, kira-kira 450 juta orang di seluruh dunia dikesan mengalami gangguan mental tertentu seperti kemurungan, skizofrenia dan gangguan bipolar. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), daripada jumlah itu, kurang daripada separuh pesakit menerima rawatan yang diperlukan. WHO juga menganggarkan menjelang tahun 2020, penyakit mental dijangka mewakili 15 peratus daripada penyakit global.

Kajian juga mendapati setiap hari purata tujuh kes bunuh diri berlaku di Malaysia dengan jumlah keseluruhan 2,000 kematian bunuh diri setahun kerana gangguan mental, berbanding sejuta kes bunuh diri setahun di seluruh dunia.

APA YANG MANUSIA CARI?

Daripada statistik ini timbul persoalan, apakah yang kita cari atau mahukan dalam hidup ini? Sehingga sanggup melakukan pelbagai perkara yang menyalahi undang-undang, menyalahi fitrah kehidupan atau menyakiti diri sendiri dan orang lain.

Maka tidak lain, sebenarnya manusia mencari KETENANGAN DAN KEBAHAGIAAN dalam hidup mereka. Apabila mereka menyangka sumber kewangan atau harta mampu memberikan ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup mereka maka mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk memilikinya. Apabila tidak dapat memiliki apa yang dikehendaki, maka diri akan mula merasakan tidak puas hati dan memberontak seterusnya mengambil apa sahaja langkah asalkan mendapat apa yang dihajati. Statistik ini hanya sekadar gambaran tentang apa yang berlaku dalam kehidupan seharian dengan pelbagai lagi ancaman kepada manusia.

Jadi kenapa manusia tidak menemui KETENANGAN DAN KEBAHAGIAAN yang dicari? Tidak lain tidak bukan kerana tersilap membuat tanggapan dan rujukan dalam mencari ketenangan dan kebahagiaan tersebut.

HASIL KEHIDUPAN TIDAK SEIMBANG

Satu kajian yang dijalankan oleh National Life Insurance Company, menunjukkan bahawa “empat dari sepuluh pekerja menyatakan kerja mereka “amat” atau “sangat-sangat” menekan/stress. Mereka yang terlalu stress dalam kerja akan mengalami tiga kali lebih mudah terkena penyakit jiwa dan memerlukan ubatan serta dua kali lebih tinggi keadaan di mana mereka akan berhenti kerja. Manakala kajian ini juga menunjukkan perempuan pula akan mengaitkan stress berkaitan dengan konflik antara kerjaya dan keluarga”.

Manakala Michael Feuerstein, seorang professor di  Clinical Psychology di The Uniformed Services University of the Health Sciences di Bethesda Naval Hospital menyatakan bahawa, “kita sedang melihat peningkatan besar jumlah pesakit membabitkan sakit saraf dan tulang (neuroskeletal) akibat daripada gabungan oleh stress dan ergonomic (keadaan pekerjaan dan tempat) yang menekan yang boleh membawa kepada kecacatan kekal dalam jangka masa panjang”

Kajian yang telah dijalankan oleh Jeffrey Hill, Allan J Hawkins, Maria Ferris dan Michelle Weitzman (family relations 2001, 50, 49-58 ) telah menyatakan bahawa “dalam semua pengkajian yang dilakukan samada oleh ahli akademik mahupun korporat telah mendapati bahawa ketidak seimbangan antara kehidupan personal dan professional akan menyebabkan sebelah pihak lagi akan mengalami penurunan dari aspek produktiviti”

DIMANAKAH WUJUD KETENANGAN DAN KEBAHAGIAAN?

Kebahagiaan hakiki terletak pada sudut paling dalam diri manusia yang dipanggil FITRAH. Fitrah ini telah dibekalkan Allah semenjak sebelum manusia dilahirkan di dunia lagi. Allah menjadikan dunia ini untuk manusia MENIKMATI dan MEMBEKALKAN diri sebelum pergi mengadap YANG MAHA ESA yang dicintai dan menemui Rasulullah SAW yang dirindui.

Kerana itulah untuk memahami ketenangan dan kebahagiaan abadi, manusia perlu memahami FITRAH kejadian diri mereka dengan mengemukakan empat persoalan asas iaitu:

Dari mana aku datang?

Untuk apa aku dilahirkan?

Kemanakah pengakhiran hidup hakiki?

Adakah ada pengakhiran dalam hidup aku?

Jika persoalan ini mampu dibangunkan secara berperingkat, tersusun, seimbang dan berterusan, maka manusia harus dapat mencapai ketenangan dan kebahagiaan yang dicari. Jawapan kepada persoalan-persoalan ini sudah sedia wujud dalam diri manusia. Mereka perlu merenung, mengkaji, memahami, mendalami, mempraktikkan dengan penuh yakin dan percaya terhadap fitrah ini bagi menjawab persoalan tersebut.

Diakhirnya ketiga-tiga soalan ini akan terjawab dengan jelas dan teratur serta manusia akan mula menikmati ketenangan dan kebahagaiaan yang mereka cari selama ini. Ini tidak bermaksud sama sekali manusia tidak akan melakukan kesilapan kerana salah satu fitrah manusia ialah mereka tidak sempurna dan sering terlupa tetapi dengan segera juga mereka mendapatkan kembali kompas dan layar serta kembali mengharungi perjalanan ke arah yang diredhai oleh Yang Maha Pencipta.

BAGAIMANA RAHMAN SELF THERAPY (RST) BERFUNGSI?

RST diwujudkan selaras dengan pengkajian terhadap fitrah keperluan manusia samada dari sudut fizikal, emosi, intelektual dan spiritual. RST akan membantu manusia untuk membangunkan kehidupan yang seimbang selaras dengan firman Allah yang bermaksud

“dan carilah apa yang diberikan kepada kamu di akhirat dan jangan sekali-kali kamu lupa akan nasibmu (keperluan) di dunia dan berbuat baiklah kamu sebagaimana Allah melimpahkan kebaikanNYA kepadamu….” Surah Al Qasas:77

Begitulah juga contoh kehidupan Rasulullah SAW yang begitu seimbang sehingga dalam sebuah hadis yang panjang tentang perbualan antara 3 sahabat Nabi SAW dengan isteri Nabi menanyakan amal ibadah nabi seraya mereka berkata : :mulai hari ini kami akan bersolat malam tanpa tidur, kami akan berpuasa sepanjang tahun (kecuali hari diharamkan) dan kami tidak akan berkahwin” apabila didengari Nabi SAW maka Nabi Bersabda “ sesungguhnya akulah orang yang paling takut akan Allah SWT tetapi aku bersolat malam dan aku tidur, aku berpuasa dan aku berbuka dan aku mengahwini wanita, barangsiapa yang tidak mengikuti sunnahku maka dia bukan dari kalangan aku”

Manakala Abdullah bin Amru berkata

“bekerjalah kamu untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan bekerjalah kamu untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari.

Kita sentiasa diajar agar berdoa selepas setiap kali menunaikan solat

“wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkanlah kami dari siksa neraka”

Rasulullah SAW dan para sahabat sangat mengetahui keperluan keseimbangan dalam hidup dan kerana itulah Islam pernah mentadbir dua pertiga dari muka bumi ini dengan penuh adil dan saksama.

APA PERANAN RST

RST memberikan penekanan yang seimbang dalam semua keperluan hidup dan menjadikan Islam, Iman dan Ehsan sebagai tunjang kekuatan dalam melayari kehidupan. Kualiti manusia pasti menjadi cemerlang apabila tunjangnya begitu kukuh mencengkam bumi dan batangnya tegak berdiri menjulang ke langit.

LATAR BELAKANG RST

Dibangunkan pada  April 2005 bersempena dengan nama arwah ayahanda Engku Abdul Rahman b Engku Ngah sebagai guru pertama saya yang telah meninggal dunia pada 16hb April 2005. Bertepatan pula dengan rujukan Al Quran menggunakan surah AR RAHMAN sebagai surah utama.

MODEL RAHMAN SELF THERAPY

PENCETUS RAHMAN SELF THERAPY

ENGKU MOHD AZRI B ENGKU HAJI ABDUL RAHMAN

Engku Mohd Azri b Engku Haji Abdul Rahman merupakan seorang trainer dan motivator yang telah bergiat aktif sejak lebih 18 tahun yang lalu. Beliau telah menjadikan bidang motivasi dan perundingan sebagai bidang yang memberikan kepuasan kepada dirinya dan merasakan ia sebagai satu tanggungjawab (fardhu kifayah).

Menamatkan pengajian dalam ijazah pertama daripada Universiti Islam            Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, kemudian meneruskan pengajian dalam Sarjana Pengurusan  Perniagaan (MBA) dari Entrepreneur Institute of Australia dalam bidang keusahawanan. Di samping itu beliau juga telah memperolehi Graduate Diploma In Entrepreneurial Management. Beliau juga merupakan “Certified NLP Practitioner”(Neuro-Linguistic Programming) dari National Foundation NLP (NFNLP), USA. Beliau juga merupakan Professional Member dalam Malaysian Association of Professional Speakers (MAPS)

Engku Mohd Azri sangat aktif menyampaikan ceramah dan mengendalikan pelbagai jenis program dalam pembangunan sumber manusia dan pengurusan seperti kerja berpasukan, pembangunan personaliti, bina insan, pembangunan perkeranian, penyeliaan cemerlang dan lain-lain lagi. Antara topik yang dikendalikan pula ialah komunikasi, pengurusan stress, pengurusan masa, pemasaran, keusahawanan, khidmat pelanggan, pengucapan awam, kepemimpinan, budaya kerja cemerlang, hubungan interpersonal, hubungan dalam rumahtangga dan pelbagai tajuk-tajuk lain.

Cetusan RST juga telah banyak dibantu oleh pelbagai pihak termasuk para peserta dari lebih 60 sektor kerajaan dan swasta seperti UiTM seluruh Malaysia, UIAM, UM, UMT, Perbadanan Putrajaya, Jabatan-jabatan kerajaan dan swasta lain termasuk para pendidik di lebih 200 buah sekolah di seluruh Malaysia.

Malah ia telah diperelok, diperbaiki dan dimajukan lagi dengan pandangan para professor dari universiti-univerisiti tempatan, para ilmuan agama, sahabat-sahabat trainer yang lain dan juga golongan yang prihatin serta mengambil berat tentang pembangunan insan yang seimbang dan cemerlang.

Selain itu segala pengalaman, pengkajian, pemerhatian, pendedahan samada dalam sebarang seminar, kursus, program juga banyak membantu beliau bersama-sama memberikan sumbangan bagi menggerakkan idea RST ini.

LATIHAN DALAM RAHMAN SELF THERAPY

Bagi menjadikan RST sebagai “tool” yang efektif, maka tujuh siri latihan ditawarkan kepada mereka yang berminat iaitu:

RST Basic Training

Pada peringkat ini, para peserta akan di perkenalkan dengan asas maklumat (what) dalam Rahman Self Therapy. Peserta juga diberikan penekanan dari aspek “positioning” untuk mengetahui apakah kedudukan mereka. Para peserta juga akan dikongsikan dengan beberapa teknik (how to) sebagai panduan asas membangunkan kehidupan seimbang.

RST Physical Action

Pada peringkat ini pula, para peserta akan membicarakan apakah 5 langkah fitrah yang harus mereka fahami (what) dengan lebih mendalam termasuk falsafah dan peranan. Mereka juga akan terus melakukan tindakan (how to) dengan menjadikannya sebagai satu tabiat dalam kehidupan mereka.

RST Spiritual Action

Pada peringkat ini, para peserta akan mendalami (what) 6 aspek yang berhubung rapat dengan 5 langkah fitrah yang telah mereka lakukan pada peringkat terdahulu. Kemudian mereka akan menjalani proses (how to) menanam 6 aspek totality dalam kehidupan.

RST Fitrah Action

Pada peringkat ini pula para peserta akan mengenali (what) 9 laws of fitrah serta kaedah (how to) menggunakannya dalam kehidupan seharian. Diakhirnya mereka akan berkongsi cara (how to) membangunkan visi dan holistic merangkumi visi jangka pendek, sederhana dan panjang.

RST Let it Go!!!

Pada peringkat ini pula para peserta akan mengenali dengan lebih mendalam apakah (what) penyebab utama kegagalan dalam membangunkan hubungan insan sesama insan dan juga dengan Pencipta. Seterusnya mereka akan membantu sesama sendiri dalam mencari jalan (how to) membangunkan nilai hidup yang lebih berkualiti.

RST Super Manager

Pada peringkat ini para peserta akan membangun potensi diri (what) dengan menganalisa bermula dari kejadian manusia di alam roh dan kejadian manusia pertama dalam sejarah tamadun manusia sehingga kepada terbentuknya manusia secara lahiriah. Seterusnya mereka akan mempelajari beberapa kaedah dalam menjadi super manager.

RST Super coach

Pada peringkat ini para peserta akan bersama-sama trainer mengkaji (what) dengan lebih mendalam penggunaan RST dengan gaya mereka sendiri. Seterusnya mereka mampu pula untuk membawa RST dengan cara mereka sendiri untuk membimbing kelompok lain dalam organisasi mereka.

7 Peringkat Latihan Rahman Self Therapy

BAGAIMANA LATIHAN RAHMAN SELF THERAPY DIJALANKAN?

Latihan dalam mengamalkan RST mengambil kira kaedah latihan dewasa iaitu belajar melalui pengalaman (experiential learning) dengan memasukkan input sambil di selang seli dengan

Pembentangan dua hala

Permainan (indoor dan outdoor)

Kes studi

Tayangan slide

Simulasi

Bercerita

Sparring partner

Agenda bertindak

TEKNIK

Manakala teknik bagi latihan RST pula akan menggunakan kaedah Neuro Lingustic Programming (NLP) dan konsep KPI diri (muhasabah)

TENTATIF PROGRAM

Sila lihat lampiran

APAKAH PENGHARAPAN DARI RAHMAN SELF THERAPY?

Setelah menamatkan kursus ini, maka PARA PESERTA akan

Menjalani kehidupan yang seimbang, meminimakan      masalah peribadi yang selama ini menghalang produktiviti dan keberkesanan      sumbangan mereka kepada organisasi ditempat mereka beranung.

Menghadapi sebarang cabaran dan halangan dengan      sikap lebih terbuka dan melihat setiap perkara yang berlaku mempunyai      hikmah yang melebihi dari kemampuan akal fikiran mereka sendiri pada waktu      itu.Lebih menghargai hubungan antara mereka samada      sebagai seorang suami, isteri, anak, pekerja atau pemimpin.

Meningkatkan nilai diri mereka sendiri dengan      menyuburkan budaya amanah, bekerja keras, berkeyakinan tinggi dan memiliki      visi peribadi yang holistic untuk menyokong visi dan misi organisasi.

Manakala bagi ORGANISASI secara langsung pula, mereka akan

1. Mempunyai pasukan yang mantap bagi mencapai      matlamat menjadikan organisasi mereka lebih berdaya maju, berdaya saing      dan berdaya tahan yang tinggi.

2. Memiliki suasana kerja yang lebih positif dan      bakal menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih berkualiti dan      mesra pelanggan.

3. Menjadi organisasi yang lebih prihatin dengan      memiliki barisan pemimpin pengurusan dan pekerja yang bukan sekadar      melihat pulangan bulanan tetapi menjadikan kerja sebagai satu ibadah dan      pulangan jangka panjang.

KEMAMPUAN

Berdasarkan maklumbalas dari pelanggan-pelanggan One Step Management Consultant Sdn. Bhd. sejak mula ditubuhkan pada 1hb Jun 1998, kami meyakini kemampuan kami memikul tanggungjawab dalam menyebarkan keseimbangan dalam kehidupan samada kehidupan personal mahupun professional.

Ahli pasukan One Step, muda dan bertenaga serta memiliki visi kehidupan yang jelas menyokong lagi kemampuan kami menjalankan peranan kami menyebarkan kebaikan yang kami cuba amalkan dalam kehidupan kami sendiri kepada semua pelanggan kami.

Pengalaman pasukan yang meluas sejak tahun 1992 terlibat dalam bidang pembangunan sumber manusia telah meningkatkan keyakinan kami terhadap kemampuan kami.

PENUTUP

Semoga segala usaha yang telah dibangunkan ini akan dinilai sebagai satu ibadah kami kepada Yang Maha Pencipta dan meneruskan perjuangan Rasulullah yang kami rindui dan semoga diterima amalan kami di hari pembalasan kelak.

Harapan kami juga semoga para peserta akan dapat mengambil manfaat ini bagi meningkatkan kualiti diri mereka dalam menjalani kehidupan peribadi mereka dan juga sumbangan mereka kepada organsasi tempat mereka bernaung dan mencari rezeki.

Manakala organsasi yang telah memberikan kepercayaan kepada kami akan terus memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada usaha kami semoga kami terus mampu meneruskan perjuangan ini dan organsasi itu sendiri bakal beroleh manfaat yang tidak terhitung di dunia dan akhirat.

Pada akhirnya, kami sangat mengalu-alukan sebarang komentar dan kritikan dari mana-mana pihak demi memperbaiki lagi RST ini agar ia mampu terus memberikan sumbangan berkesan dalam membangunkan umat manusia sebagai umat Rasulullah SAW dan seterusnya menjadi bekal kita bersama di akhirat nanti.

LAMPIRAN

TENTATIF PROGRAM

Day 1

Activities

08.30 – 09.00 am

Pendaftaran

09.00 – 10.30 am

Rahman Self Therapy – membangun visi seimbang

11.00 – 12.30 pm

Memahami 5 Holistic Action

12:30 – 01:00 pm

Aktiviti

02:00 – 04:00 pm

Sambungan 5 Holistic Action

04:00 – 05:00 pm

Aktiviti

Day 2

Activities

09.00 – 09.30 am

Revision   Day 1

09.30 – 10.30 am

Memahami   6 Total Reaction

11.00 – 12.30 pm

Sambungan   6 Total Reaction

12.30 – 01.00 pm

Aktiviti

02.00 – 04.00 pm

Memahami   Self Awareness

04.00 – 05.00 pm

Aktiviti

Day 3

Activities

09.00 – 09.30 am

Revision   Day 2

09.30 – 10.30 am

Memahami   Human Trap

11.00 – 12.30 pm

Sambungan   Human Trap

12.30 – 01.00 pm

Aktiviti

02.00 – 03.00 pm

Memahami   9 Laws of Fitrah

03.00 – 04.00 pm

Membangun   Holistic Vision

04.00 – 05.00 pm

Rumusan,   Penyampaian Sijil dan Penutup

Hello world!
Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!